Monday 5 November 2012

Kemahiran

Bahasa Malaysia KSSR Tahun 1 meliputi pelbagai kemahiran seperti

Kemahiran Mendengar

Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab.

Kemahiran Bertutur

Keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.


Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui.

2 comments:

  1. ruangan ini cukup menarik dan berinformasi untuk pelajar dan guru sekolah.teruskan usaha murni anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...SILA LAYARI BLOG SAYA UNTUK MUAT TURUN BAHAN KSSR TAHUN 1 BAHASA MALAYSIA.

      Delete